Ramadan (bulan Islam)

 Ramadan ( Arab: رَمَضَانcode: ar is deprecated </link> , Ramaḍān ) ialah bulan kesembilan dalam kalendar Islam, dan bulan di mana Al - Quran dipercayai diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W .Puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu daripada lima Rukun Islam. Bulan ini digunakan oleh umat Islam untuk berpuasa pada waktu siang iaitu bermula dari fajar hingga matahari terbenam. Menurut Islam, Al-Quran diturunkan ke langit yang paling rendah pada bulan ini, kemudian diturunkan secara beransur-ansur oleh malaikat Jibra'il kepada Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, Nabi Muhammad memberitahu pengikutnya bahawa pintu-pintu Syurga akan dibuka sepanjang bulan itu dan pintu-pintu Neraka ( Jahannam ) akan ditutup. [1] Tiga hari pertama di bulan berikutnya, iaitu bulan Syawal, umat Islam menyambut perayaan yang dinamakan sebagai "Perayaan Berbuka Puasa" atau Aidilfitri .

Rujukan

WikiPedia: Ramadan (bulan Islam) http://hadithcollection.com/sahihbukhari/64-Sahih%... https://web.archive.org/web/20180908092723/http://... https://web.archive.org/web/20120909110833/http://... https://web.archive.org/web/20120804124006/http://... https://web.archive.org/web/20171010085550/https:/... https://webspace.science.uu.nl/~gent0113/islam/umm... https://webspace.science.uu.nl/~gent0113/islam/isl... https://webspace.science.uu.nl/~gent0113/islam/isl... http://www.ramadan.com.au/faq http://moonsighting.com/ramadan.html